Ahli Jabatan Amal Zon Sandakan telah melawat sebuah rumah warga emas di Kg. Gas Batu Sapi. Rumah usang yang dihuni oleh 2 orang perempuan warga emas itu telah menarik perhatian kami untuk berkunjung. Hasil daripada maklumat Kak Aiman Athirah (bekas AJK Muslimat PAS Pusat) akhirnya kami berkunjung ke rumahnya pada 20hb Jun 2015.
Keadaan fizikal rumah sangat daif dan usang. Atap rumah hampir bocor keseluruhannya. Rumah mereka sering basah kuyup setiap kali waktu hujan. Tandas rumah ini juga tidak selamat lagi digunakan. Laluan menuju ke tandas telah roboh dan merbahaya. Apa yang menyedihkan, seorang daripada nenek tua yang menginap di sini sudah kurang jelas penglihatannya. Lebih menyedihkan, belum ada bantuan yang diberikan oleh mana-mana pihak kerajaan mahupun badan NGO.
Nenek tua ini memberitahu, sudah banyak kali rumah mereka digambar untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan. Kak Aiman Athirah bersama Adiknya Pn. Suaidah telah menaruh simpati terhadap masalah ini. Kehadiran mereka telah membaikpulih keseluruhan rumah yang rosak teruk termasuk keseluruhan atap zink, Lantai dapur dan pendawaian semula rumah. Kami Jabatan Amal Malaysia, datang membantu setakat yang termampu.
|
Kak Aiman Athirah dan Kak Suaidah beramah mesra dengan nenek penghuni rumah |
|
Warga emas yang kurang penglihatan |
|
Adik warga emas di atas. Beliau yang menguruskan semua kerja-kerja rumah |
|
|
|
Atap rumah dalam proses penggantian yang baru |
|
Atap rumah dalam proses penggantian yang baru |
|
Keadaan tandas yang telah runtuh dan berbahaya |
|
Beberapa atap zink baru yang telah dipasang |
|
|
Ahli Amal datang meninjau keperluan susulan |
|
Pengarah Amal Ssabah (Sdr Haris (bertopi) bersama Nizam) menunjukkan bekalan air yang digunakan untuk keperluan harian |
|
Warga emas ini masih menggunakan dapur kayu api sekiranya kehabisan gas |
|
Ahli Amal membantu mengemaskan kawasan rumah |
|
Sumbangan zink yang kedua daripada Kak Aiman |
|
Ahli Amal membantu mengangkat zink |
|
Ahli Amal membantu mengangkat zink |
|
Hulurkan sumbangan anda bagi menyuburkan Amal Islami khususnya di bumi SABAH |
Sdr Haris Bahar
Pengarah
Jabatan Amal Negeri Sabah
017-8077718
Sdr Masru Bin Mustakim
Bendahari
Jabatan Amal Negeri Sabah
014-8608242
Jabatan Amal Malaysia
#Luaskan Amalmu