Thursday, 8 January 2015

Beramal di Kuala Krai

Tidak terbayang musibah banjir yang menimpa seluruh Pantai Timur baru-baru ini. Jabatan Amal Sabah tidak ketinggalan terpanggil untuk menggalas misi kemanusiaan ini khususnya di Kuala Krai. Kelihatan wajah mereka kegembiraan menyambut kehadiran Jabatan Amal Sabah dan Selangor, walau di sebaliknya terselit kedukaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..

Hadir bersama dalam misi ini ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah Sdr Lahirul Latigu, TKP PAS Negeri Sabah Ust Zaidi Mustapa, Pengarah Amal Negeri Sabah Sdr Haris Bahar serta ditemani oleh Setiausaha Jabatan Amal Sabah Sdr Sabarullah Ishak.serta beberapa orang ALP Amal Negeri Sabah.

Semoga usaha murni ini akan dinilai dan dicatat oleh Allah sebagai sebuag amal soleh.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya..."

 seronok beramal walaupun penat terasa







 Pengarah Amal Negeri Sabah Sdr Haris Bahar membawa air untuk membasuh rumah





 keadaan rumah yang terlalu teruk berlumpur

Tuesday, 6 January 2015

Misi Amal SABAH ke KELANTAN

6 Orang wakil Jabatan Amal Sabah menyahut seruan misi amal ke negeri yang sangat teruk dilanda banjir baru-baru ini iaitu Negeri Kelantan. Dengan berbekalkan sedikit wang poket dan hasil sumbangan orang ramai, akhirnya mereka gagah menggalas amanah ini.



 Wakil Jabatan Amal Negeri Sabah
Bertopi dari kiri Pengarah Amal Negeri Sabah Sdr Haris Bahar


 Kutip sumbangan di Kota Bharu
Ust Akhwan (Penyanyi) bersama Jabatan Amal sabah


Ramai orang asyik mempertikai tentang sumbangan yang dikutip. Ada yang mengatakan tidak sampai.. ada yang mengatakan rasuah, menipu, bohong dan seumpamanya. Tenggelam dengan andaian-andaian itu akhirnya mereka tidak menyumbang walau sesen pun dengan mana-mana pihak yang membuat kutipan. Ketahuilah, mereka yang terlibat dengan musibah ini berharap benar agar kita dapat meghulurkan bantuan walaupun haya seringgit atau dua ringgit. Ada di antara mereka yang tiada makanan, susu, lampin anak, peralatan dapur, bahkan keperluan asas yang telah musnah seluruhnya. Kami daripada Jabatan Amal Negeri Sabah merayu tuan-tuan agar dapat menghulurkan bantuan berupa wang ringgit ke dalam akaun seperti di bawah.

Monday, 5 January 2015

BANJIR : Unit Amal Kota Belud Bersihkan Sekolah Sk.Menunggui

05/01/2015 (Isnin) / Kota Belud

Tahniah diucapkan kepada Unit Amal Kota Belud yang telah turun membersihkan Sk. Menunggui pasca banjir baru-baru ini. Sekolah ini yang agak teruk dilanda banjir telah mencuit hati Unit Amal di sini untuk turut membantu meringankan kerja-kerja pembersihan sekolah dijalankan.Antara kawasan yang dibersihkan adalah surau dan kawasan sekolah. Semoga usaha murni ini di catat dan dinilai oleh Allah swt sebagai amal soleh. Amin.