Thursday, 2 July 2015

TAWAU : Menjejak Asnaf

Program Menjejak Asnaf yang betempat di DUN Apas Batu Payung telah menemui 5 keluarga. Sumbangan daripada Lajnah Kebajikan DPP Kawasan Tawau telah disampaikan sendiri oleh pengerusinya Ust Riduan serta dibantu oleh beberapa orang exco dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tawau. Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah swt.












Hulurkan sumbangan anda bagi menyuburkan lagi Amal Islami khususnya di Bumi Sabah
Sdr Haris Bahar
Pengarah
Jabatan Amal Negeri Sabah
017-8077718

Sdr Masru Bin Mustakim
Bendahari
Jabatan Amal Negeri Sabah
014-8608242

Jabatan Amal Malaysia
#Luaskan Amalmu

Mengedar Risalah Ramadhan

Aktiviti mengedar risalah ramadhan telah berlangsung pada 21hb Jun 2015. Aktivi yang berlangsung pada sebelah petang ini memfokus di sekitar Bazar Ramadhan Bandar Sandakan. Terima kasih di atas kerjasama Warga Sandakan. Semoga semakin bertambah amal ibadah kita di Bulan Ramadhan.









Hulurkan sumbangan anda bagi menyuburkan amal Islami khususnya di Bumi Sabah



Sdr Haris Bahar
Pengarah
Jabatan Amal Negeri Sabah
017-8077718

Sdr Masru Bin Mustakim
Bendahari
Jabatan Amal Negeri Sabah
014-8608242

Jabatan Amal Malaysia
#Luaskan Amalmu

MISI AMAL KEMANUSIAAN : Gempa Bumi Sabah 1.0


Pada 28hb Jun 2015 baru-baru ini, Misi Amal Kemanusiaan yang kedua telah berjalan di Kg Bahab, Kota Belud. Petugas Ahli Amal Sabah seramai 10 orang telah menyampaikan amanah sumbangan orang ramai kepada 64 buah keluarga Kg Bahab yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda kampung itu. Kami Jabatan Amal Malaysia (Negeri Sabah) mengucapkan takziah kepada para mangsa dan berkongsi simpati di atas musibah yang melanda. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang-penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan ini.

#Luaskan Amalmu
BERAMAL KERANA ALLAH


Ahli Amal membei barang sumbangan di pasaraya sekitar Sandakan

Ahli Amal membei barang sumbangan di pasaraya sekitar Sandakan

Ahli Amal membungkus setiap sumbanag

Ahli Amal membungkus setiap sumbanag

Membeli beras sumbangan di pasaraya sekitar Kota Belud

Membeli beras sumbangan di pasaraya sekitar Kota Belud

Membeli beras sumbangan di pasaraya sekitar Kota Belud

Ahli Amal mengangkat barang sumbangan kepada mangsa gempa


Bergambar bersama penduduk Kampung Bahab

Sdr Masru bersama penduduk Kampung Bahab

Gembira pakcik ini menerima kehadiran kami

Penduduk Kampung Bahab sedia menanti sumbangan daripada orang ramai / NGO

Penduduk Kampung Bahab sedia menanti sumbangan daripada orang ramai / NGO
Sdr Yunizam memberikan nombor telefon kepada JKK Kampung Bahab
Sdr Faizi memberikan makanan ringan kepada penduduk kampung

Singgah bergambar di taman Kinabalu

Singgah bergambar di taman Kinabalu

Hulurkan sumbangan anda bagi menyuburkan amal Islami khususnya di Bumi Sabah


Sdr Haris Bahar
Pengarah
Jabatan Amal Negeri Sabah
017-8077718

Sdr Masru Bin Mustakim
Bendahari
Jabatan Amal Negeri Sabah
014-8608242

Jabatan Amal Malaysia
#Luaskan Amalmu

GOTONG-ROYONG PERDANA : Masjid Jamek Sandakan

Pada 14hb jun yang lepas, Jabatan Amal Malaysia, Zon Sandakan telah menjalankan satu gotong-royong di Masjid Jamek Sandakan. Ini merupakan misi amal yang kedua di masjid ini. Jabatan Amal Malaysia berbesar hati diatas jemputan gotong-royong ini dan berusaha untuk membantu lagi sekiranya diperllukan.








Jamuan makan turut disediakan.. Al-hamdulillah

Hulurkan sumbangan anda bagi menyuburkan amal Islami khususnya di Bumi Sabah


Sdr Haris Bahar
Pengarah
Jabatan Amal Negeri Sabah
017-8077718

Sdr Masru Bin Mustakim
Bendahari
Jabatan Amal Negeri Sabah
014-8608242

Jabatan Amal Malaysia
#Luaskan Amalmu

Lawatan dan Bantuan Rumah Warga Emas


Ahli Jabatan Amal Zon Sandakan telah melawat sebuah rumah warga emas di Kg. Gas Batu Sapi. Rumah usang yang dihuni oleh 2 orang perempuan warga emas itu telah menarik perhatian kami untuk berkunjung. Hasil daripada maklumat Kak Aiman Athirah (bekas AJK Muslimat PAS Pusat) akhirnya kami berkunjung ke rumahnya pada 20hb Jun 2015.

Keadaan fizikal rumah sangat daif dan usang. Atap rumah hampir bocor keseluruhannya. Rumah mereka sering basah kuyup setiap kali waktu hujan. Tandas rumah ini juga tidak selamat lagi digunakan. Laluan menuju ke tandas telah roboh dan merbahaya. Apa yang menyedihkan, seorang daripada nenek tua yang menginap di sini sudah kurang jelas penglihatannya. Lebih menyedihkan, belum ada bantuan yang diberikan oleh mana-mana pihak kerajaan mahupun badan NGO.

Nenek tua ini memberitahu, sudah banyak kali rumah mereka digambar untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan. Kak Aiman Athirah bersama Adiknya Pn. Suaidah telah menaruh simpati terhadap masalah ini. Kehadiran mereka telah membaikpulih keseluruhan rumah yang rosak teruk termasuk keseluruhan atap zink, Lantai dapur dan pendawaian semula rumah. Kami Jabatan Amal Malaysia, datang membantu setakat yang termampu.

Kak Aiman Athirah dan Kak Suaidah beramah mesra dengan nenek penghuni rumah

Warga emas yang kurang penglihatan

Adik warga emas di atas. Beliau yang menguruskan semua kerja-kerja rumah

Atap rumah dalam proses penggantian yang baru

Atap rumah dalam proses penggantian yang baru

Keadaan tandas yang telah runtuh dan berbahaya

Beberapa atap zink baru yang telah dipasang
Ahli Amal datang meninjau keperluan susulan


Pengarah Amal Ssabah (Sdr Haris (bertopi) bersama Nizam) menunjukkan bekalan air yang digunakan untuk keperluan harian

Warga emas ini masih menggunakan dapur kayu api sekiranya kehabisan gas

Ahli Amal membantu mengemaskan kawasan rumah

Sumbangan zink yang kedua daripada Kak Aiman

Ahli Amal membantu mengangkat zink

Ahli Amal membantu mengangkat zink

Hulurkan sumbangan anda bagi menyuburkan Amal Islami khususnya di bumi SABAH
Sdr Haris Bahar
Pengarah
Jabatan Amal Negeri Sabah
017-8077718

Sdr Masru Bin Mustakim
Bendahari
Jabatan Amal Negeri Sabah
014-8608242

Jabatan Amal Malaysia
#Luaskan Amalmu