Tanggal 24-26 November 2017, Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) 2017 di Kasalagan Park, Kg Natai, Kota Kinabalu Sabah.
Seramai
73 orang peserta telah berkampung pada perkhemahan kali ini yang
mewakili 10 kontinjen Jabatan Amal Kawasan dari seluruh negeri Sabah.
Menariknya
perkhemahan kali ini, selain daripada penyertaan peserta yang berumur
di antara 18 tahun sehingga 30-an, terdapat dua orang peserta bukan
Islam yang turut serta.
11 acara pertandingan telah diadakan untuk menguji kecekapan, ilmu dan kemahiran seluruh peserta PTA 2017.
Dari seluruh acara pertandingan tersebut, terdapat enam pertandingan
yang memberi pengiktirafan kemahiran pasukan terbaik kepada kontinjen
yang memperoleh markah tertinggi.
Majlis penutupan telah
dirasmikan sendiri oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
[Official] (DPPNS), ustaz Zulzaim Hilmi Zainal Abidin. Majlis tersebut
turut dihadiri oleh beberapa barisan exco DPPNS selain daripada barisan
ahli lembaga pengarah JAMNS.
Kontinjen terbaik tahun ini pula
telah dinobatkan kepada kontinjen Jabatan Amal Malaysia Zon Sandakan.
Kontinjen ini turut berjaya menjadi pasukan terbaik dalam tiga acara
pertandingan yang telah diadakan.
Jabatan Amal Malaysia Negeri
Sabah merakamkan terima kasih kepada seluruh Jabatan Amal Kawasan yang
telah berjaya menjadikan PTA tahun ini dilaksanakan dengan lancar.
Tahniah
diucapkan kepada Jabatan Amal Zon Kota Kinabalu (Jabatan Amal Malaysia
Kawasan Sepanggar, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan, Jabatan Amal
Malaysia Kota Kinabalu) selaku tuan rumah PTA tahun ini dan inshaAllah
moga bertemu lagi pada PTA tahun hadapan yang akan diadakan di kawasan
Jabatan Amal Zon Sandakan.
#BeramalKeranaAllah
#JabatanAmalMalaysia
#AmalSabah