Monday, 27 November 2017

Perkhemahan Tahunan JAMNS 2017

Tanggal 24-26 November 2017, Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) 2017 di Kasalagan Park, Kg Natai, Kota Kinabalu Sabah.

Seramai 73 orang peserta telah berkampung pada perkhemahan kali ini yang mewakili 10 kontinjen Jabatan Amal Kawasan dari seluruh negeri Sabah.

Menariknya perkhemahan kali ini, selain daripada penyertaan peserta yang berumur di antara 18 tahun sehingga 30-an, terdapat dua orang peserta bukan Islam yang turut serta.

11 acara pertandingan telah diadakan untuk menguji kecekapan, ilmu dan kemahiran seluruh peserta PTA 2017. Dari seluruh acara pertandingan tersebut, terdapat enam pertandingan yang memberi pengiktirafan kemahiran pasukan terbaik kepada kontinjen yang memperoleh markah tertinggi.

Majlis penutupan telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official] (DPPNS), ustaz Zulzaim Hilmi Zainal Abidin. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa barisan exco DPPNS selain daripada barisan ahli lembaga pengarah JAMNS.

Kontinjen terbaik tahun ini pula telah dinobatkan kepada kontinjen Jabatan Amal Malaysia Zon Sandakan. Kontinjen ini turut berjaya menjadi pasukan terbaik dalam tiga acara pertandingan yang telah diadakan.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah merakamkan terima kasih kepada seluruh Jabatan Amal Kawasan yang telah berjaya menjadikan PTA tahun ini dilaksanakan dengan lancar.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Amal Zon Kota Kinabalu (Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sepanggar, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan, Jabatan Amal Malaysia Kota Kinabalu) selaku tuan rumah PTA tahun ini dan inshaAllah moga bertemu lagi pada PTA tahun hadapan yang akan diadakan di kawasan Jabatan Amal Zon Sandakan.

#BeramalKeranaAllah
#JabatanAmalMalaysia
#AmalSabah

































































































































































































































































No comments:

Post a Comment