Thursday, 4 September 2014

TIMBALAN KOMANDER 2, TERLIBAT KEMALANGAN

Timbalan Komander 2, Jabatan Amal Kawasan Sandakan, Supratman Bin Tahir telah terlibat dalam kemalangan pada 23 Ogos 2014, bertempat di Jalan Lintas Sibuga Sandakan. Diberitakan, ketika kejadian, Supratman sedang menunggang motorsikal TZM menuju ke tapak latihan kawad di Taman Mawar sempena menyambut pimpinan PAS pada muktamar yang akan datang. Dalam perjalanan, beliau kemudian dihimpit oleh sebuah kereta Invader sehingga beliau hilang kawalan. Nasib bertambah malang, kerana dengan tiba-tiba seorang pakcik tua yang menunggang basikal turut melintas di kawasan berkenaan. Akibat keadaan malam yang gelap (tanpa ada sinar lampu jalan), disertai hujan renyai yang turun, maka kemalangan tidak dapat dielakkan.

Supratman telah terhumban ke hadapan dan merempuh pakcik tua yang berbasikal tersebut. Mujurlah orang ramai yang melihat kejadian dengan pantas memberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Setibanya di hospital, beliau telah dimasukkan ke dalam wad ICU. Doktor mengesyaki beliau mengalami bengkak dan berair di bahagian otak. Sehingga kini, beliau masih belum sedar sepenuhnya. 

"..tadi doktor pakar jumpa aku. dia terangkan suamiku ini ada kecederaan di bahagian otak. Sel-selnya sudah rosak. Doktor cakap lagi mungkin ada harapan sembuh mungkin juga tidak. kira 50-50 la. tapi aku yakin Allah yang tentukan hidup mati hambanya. Aku perlu berusaha dulu dan selebihnya aku serahkan pada Ilahi.." mesej isterinya, Sabarita.

Penulis telah menghubungi pihak isteri beliau untuk mendapatkan no akaun. Namun, mereka tidak memiliki akaun. Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kewangan bolehlah memasukkan ke akaun Bendahari Jabatan Amal Sabah di bawah (atas nama penulis - 0148608242). Penyumbang juga boleh menggunakan akaun Bank Islam (seperti dalam gambar di bawah) Sila maklumkan jumlah sumbangan. Semoga sumbangan dan doa yang anda berikan akan meringankan lagi beban keluarga. Atau boleh menghubungi terus Isteri beliau di talian 0128068061 (Pn. Sabarita Jukeri).





Akaun Jabatan Amal Sabah belum dapat diwujudkan.
hanya menggunakan akaun peribadi di atas.


 Keadaan Supratman ketika kemalangan dibantu oleh orang ramai.


 Keadaan Supratman 30hb Ogos 2014 di wad tahanan ICU



Gambar-gambar kenangan Sdr. Suratman ketika beliau sihat
bersama dengan Jabatan Amal Zon Sandakan
 Misi Amal ke Kampung Pamaguan


 Kursus Kejurulatihan Jabatan Amal Negeri Sabah



 Kursus Jenazah


 Jambori Amal Sabah di Tawau


 Menjaga keselamatan pimpinan dari semenanjung





#PrayForJabatanAmalMalaysia
#PrayForSupratman




Tuesday, 2 September 2014

Unit Amal sentiasa kerjasama dengan polis

SALMIYAH HARUN | .  

KUALA LUMPUR: Unit Amal PAS atau lebih dikenali sebagai tentera merah mengakui mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya membantu pihak polis mengawal kesalamatan dan lalulintas.

Timbalan Ketua Pengarah 2 Unit Amal Pusat Mohd Azmi Anuar berkata, mereka sering dipanggil pihak polis untuk membincangkan soal keselamatan terutama melibatkan perhimpunan besar.

"Misalnya dalam perhimpunan melibatkan jumlah hadirin yang ramai, kami dipanggil untuk memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membantu pihak polis, sekaligus memudahkan kerja-kerja polis supaya berjalan lancar," katanya ketika ditemui.

Bukan sahaja soal himpunan, katanya Unit Amal juga memberi kerjasama sama baik dalam kejadian tanah runtuh, banjir dan terkini mencari mangsa lemas di Perak.

"Kita bantu JPA mencari mangsa lemas di Perak. kehadiran kita cukup terkesan khsusnya membantu pihak berkuasa," katanya.

Tambahnya, pihak polis sentiasa berhubung dengannya bagi memastikan progam yang diadakan oleh PAS berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

"Mereka mengharapkan Unit Amal, terutama mengawal orang ramai kerana bagi mereka orang ramai mudah mendengar apabila ada arahan daripada Unit Amal, pihak atas (polis) boleh bagi kerjasama yang baik kepada kita," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak cuba untuk menghalang mereka daripada melakukan kerja-kerja kebajikan.

"Kami tidak akan tundukm kepada ancaman, kami akan terus melakukan kerja-kerja kebajikan dan tugas dengan rela hati kerana Allah," katanya.

- HARAKAHDAILY 2/9/2014

Monday, 1 September 2014

Tahniah Amal

 Tahniah di ucapkan kepada semua ahli Jabatan Amal Zon Sandakan yang telah menunjukkan semangat dan displin yang baik sepanjang bertugas dalam Muktamar DPPNS baru-baru ini. Semoga komitmen seperti ini akan terus terserlah dalam setiap gerak kerja kita menyampaikan dakwah.


 Kawad statik sempena menyambut ketibaan pimpinan


 Doa Wehdah di akhir muktamar


#pray for amal
#support amal

Thursday, 28 August 2014

Kami Bersedia

Jabatan Amal Zon Sandakan telahpun bersedia untuk menghadapi Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ke 27 yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi..

latihan kawad statik

Monday, 21 July 2014

Baikpulih Rumah Warga Emas

Pada 19hb Julai lepas, satu projek baikpulih rumah warga emas telah dijalankan oleh Jabatan Amal Kawasan Tawau. Siapa yang  tidak bersimpati sengan seorang makcik tua yang tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah usang beralaskan tanah? atas dasar kemanusiaan inilah, Jabatan Amal Tawau mengambil inisiatif untuk membaik pulih rumah nenek berkenaan. Antara kerja-kerja amal yang dilakukan adalah membongkar dan memasang lantai rumah, dinding, pintu, siling dan sedikit sumbangan perabot asas.

Sepanjang membaikpulih rumah nenek ini, sayu hati melihat keadaan sekeliling yang ibarat rumah menanti roboh. Tidak kurang dengan jumlah lipan yang berkeliaran di sudut-sudut rumah seakan telah sebati dengan persekitaran. Sangat menyayat hati. Tidak ada tindakan wajar dilakukan oleh pihak pemerintah. Sumbangan juga tidak disalurkan. Berbekalkan sedikit wang yang ada hasil sumbangan daripada orang ramai, maka bantuan kemanusiaan ini telah berjaya dilaksanakan.

Dari kejauhan, kami kami melihat nenek tua ini hanya memerhatikan geng-geng Amal menjalankan kerja. Sesekali tangannya terngadah dan mulutnya berkumat-kamit memohon sesuatu kepada Allah selayaknya orang sedang berdoa. Terharu mungkin hatinya melihat Amal Tawau berkunjung melakukan sesuatu terhadap rumahnya yang selama ini terbiar tanpa pembelaan. Senyuman manis mula terukir di bibir nenek tua ini sebaik melihat perabot baru yang sampai.














 Tahniah diucapkan kepada semua ahli Jabatan Amal Tawau yang berjaya menemukan dan membantu seorang yang memerlukan. Di luar sana, terdapat ramai lagi insan yang senasib seperti nenek ini. salurkan bantuan anda agar sama-sama kita dapat membantu mereka.
*Akaun Jabatan amal Sabah belum dapat diwujudkan atas masalah tertentu. Terima kasih atas sumbangan anda.






SAHUR JALANAN VS DAPUR JALANAN

Program Sahur Jalanan menjadi inspirasi kepada Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi. Ini berikutan, melihat ramainya warga sandakan yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan, maka pemuda Batu Sapi turun ke kawasan bandar Sandakan mengedarkan juadah untuk bersahur. Fokus utama kepada warga gelandangan. Program yang berlangsung pada 20hb Julai (hari minggu) ini turut disertai oleh Jabatan Amal Zon Sandakan.







Sementara di sudut lain, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) turut  mengadakan aktiviti yang hampir sama. Program yang diberi nama "Dapur Jalanan" ini turut memfokuskan kepada warga Sandakan untuk sama merasa. Bezanya, Dapur Jalanan ini dibuat ketika hendak berbuka puasa.












Tahniah kepada 2 aktiviti yang menarik ini. kedua-duanya berjaya menyentuh dan mendekati jiwa rakyat marhaen khususnya di Sandakan.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” 
(HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


















Sunday, 20 July 2014

Menjejak Asnaf

19hb Julai. Jabatan Amal Zon Sandakan telah bersama membantu menjayakan program Menjejak Asnaf anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Sabah dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Batu Sapi. Program yang sangat menyentuh jiwa rakyat ini turut disertai oleh para pimpinan PAS kawasan Batu Sapi dan Sandakan. Malah, ianya turut dihadiri oleh Ust Fadhli Saari yang merupakan Exco Pemuda PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap YDP PAS Batu Sapi Tn Hj Hamzah Abdullah.

Hasil daripada sumbangan orang ramai, kami menjalankan amanah itu menjejak asnaf yang layak. ternyata bumi sandakan ini (khususnya kawasan Batu sapi) terlalu banyak mereka yang memerlukan bantuan. Kedaifan dan kemiskinan yang dialami oleh penduduk Taman Po Hing dan Kg. Karamunting ini sedikit menjentik keselesan kita berada di dalam rumah yang serba mewah.









Pakcik yang bertongkat ini merupakan warga OKU. Sebelah kakinya telah tiada. Punca pendapatannya adalah daripada hasil jualan air tebu. Menurutnya, pada bulan Ramadhan ini, hasil pendapatan dapat dilipatgandakan, tetapi tidak pada hari-hari biasa.






 

 Kakak ini merupakan pemilik 2 buah gambar rumah usang di atas. Beliau 2 keluarga menetap di dalam rumah ini bersama dengan kakaknya sekeluarga. Pada setiap kali hujan, pasti air akan melimpah masuk ke dalam rumah. Kanak-kanak berbaju biru dalam gambar merupakan anak beliau yang sering menghadapi penyakit sawan. Sebak rasanya mendengar setiap perbualan daripada asnaf yang ditemui. masing-masing mengalami pengalaman perit kehidupan yang sukar digambarkan.





Kakak berbaju merah ini menunjukkan kad pengenalannya warganegara Malaysia tetapi tidak mendapat bantuan selayaknya daripada kerajaan memerintah.



Memandangkan jumlah sumbangan yang tidak mencukupi, YDP Kawasan Batu Sapi bermurah hati membeli 3 kampit beras untuk setiap seorang termasuk pakcik bertopi ini.



Ini merupakan gambar yang sangat menyayukan.. seorang pakcik tua yang masih tinggal di bawah kolong rumah disebabkan kesempitan hidup. Namun menurutnya, ada masa beliau akan naik juga ke atas rumah kerana keaddan di bawah kolong tidak selesa.


Pemuda ini telah kehilangan upaya setelah terjatuh daripada bangunan sewaktu bekerja. Ketika ditanya kehendaknya menjelang raya, beliau memohon agar dibelikan sepasang baju raya. In Sya Allah, kami bercadang untuk kembali semula sebelum raya untuk membawakannya sepasang baju raya. Semoga Allah Permudahkan. Amiin.


 Makcik ini turut menunjukkan kad pengenalannya serta memohon bantuan. Malangnya, hasil sumbangan daripada orang ramai tidak mencukupi untuk diagih-agihkan kepada majoriti masyarakat miskin di sini. Maka dengan itu, kami memohon kepada semua pihak agar dapat tampil menghulurkan sumbangan kepada Jabatan Amal Negeri Sabah ke dalam akaun di bawah atas nama saya. Akaun Jabatan Amal Sabah belum dapat diwujudkan atas masalah tertentu. Terima kasih atas sumbangan anda.