Monday, 21 July 2014

Baikpulih Rumah Warga Emas

Pada 19hb Julai lepas, satu projek baikpulih rumah warga emas telah dijalankan oleh Jabatan Amal Kawasan Tawau. Siapa yang  tidak bersimpati sengan seorang makcik tua yang tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah usang beralaskan tanah? atas dasar kemanusiaan inilah, Jabatan Amal Tawau mengambil inisiatif untuk membaik pulih rumah nenek berkenaan. Antara kerja-kerja amal yang dilakukan adalah membongkar dan memasang lantai rumah, dinding, pintu, siling dan sedikit sumbangan perabot asas.

Sepanjang membaikpulih rumah nenek ini, sayu hati melihat keadaan sekeliling yang ibarat rumah menanti roboh. Tidak kurang dengan jumlah lipan yang berkeliaran di sudut-sudut rumah seakan telah sebati dengan persekitaran. Sangat menyayat hati. Tidak ada tindakan wajar dilakukan oleh pihak pemerintah. Sumbangan juga tidak disalurkan. Berbekalkan sedikit wang yang ada hasil sumbangan daripada orang ramai, maka bantuan kemanusiaan ini telah berjaya dilaksanakan.

Dari kejauhan, kami kami melihat nenek tua ini hanya memerhatikan geng-geng Amal menjalankan kerja. Sesekali tangannya terngadah dan mulutnya berkumat-kamit memohon sesuatu kepada Allah selayaknya orang sedang berdoa. Terharu mungkin hatinya melihat Amal Tawau berkunjung melakukan sesuatu terhadap rumahnya yang selama ini terbiar tanpa pembelaan. Senyuman manis mula terukir di bibir nenek tua ini sebaik melihat perabot baru yang sampai.














 Tahniah diucapkan kepada semua ahli Jabatan Amal Tawau yang berjaya menemukan dan membantu seorang yang memerlukan. Di luar sana, terdapat ramai lagi insan yang senasib seperti nenek ini. salurkan bantuan anda agar sama-sama kita dapat membantu mereka.
*Akaun Jabatan amal Sabah belum dapat diwujudkan atas masalah tertentu. Terima kasih atas sumbangan anda.






No comments:

Post a Comment