Saturday, 19 July 2014

Edaran Bubur Lambok

Pada 12 haribulan Julai yg lepas, Jabatan Amal Zon Sandakan telah membantu Pas Kawasan Batu Sapi dalam program edaran Bubur Lambok. Aktiviti yg berlangsung di 2 tempat ini turut disertai YDP Kawasan Batu Sapi Abg Hamzah Abdullah. 2 tempat tumpuan utama adalah di kawasan Bazar Taman Mawar dan Taman Sri Harapan (wargatua) sibuga.. Sebanyak 200 bekas bubur lambok telah berjaya diagih-agihkan.




Sebelum Bubur Lambok diedarkan, pada sebelah pagi, Jabatan Amal Batu Sapi dan Amerah Batu Sapi telah bergotong-royong dalam membersihkan kawasan rumah wargatua.





Nama Pakcik berkacamata ini adalah Mohd Kassim. Menurut ceritanya, beliau dulunya seorang jutawan sewaktu mendapat kontrak bekalan bahan-bahan asas pakaian kepada Army Malaysia. Walau bagaimanapun, isterinya telah berlaku curang dengan memindahkan segala wangnya ke dalam akaun isterinya sehinggakan beliau jatuh bankrap. Beliau berketurunan Cina dan telah memeluk Agama Islam. Kemasukan beliau di rumah wargatua ini adalah hasil permohonannya sendiri. Isteri dan anak-anak beliau merupakan warga Singapura. Kini, beliau hanya mendapat bantuan warga emas daripada kerajaan negeri Johor Rm300 sebulan. Ketika saya bertanya kepadanya, beliau menyuarkan hasratnya agar ada pihak yang sudi tampil memberikan beliau sumbangan untuk memulakan perniagaan. Setakat ini, kerajaan Sabah belum memberi apa-apa bantuan kepadanya selain daripada zakat pada setiap tahun. 

Cerita pakcik ini sangat panjang dan menarik. Penulis terpaksa menghentikan perbualan kerana urusan gotong-royong belum selesai. Silakan mana-mana pihak untuk hadir dan berkongsi cerita dengan beliau. 









No comments:

Post a Comment