Program Sahur Jalanan menjadi inspirasi kepada Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi. Ini berikutan, melihat ramainya warga sandakan yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan, maka pemuda Batu Sapi turun ke kawasan bandar Sandakan mengedarkan juadah untuk bersahur. Fokus utama kepada warga gelandangan. Program yang berlangsung pada 20hb Julai (hari minggu) ini turut disertai oleh Jabatan Amal Zon Sandakan.
Sementara di sudut lain, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) turut mengadakan aktiviti yang hampir sama. Program yang diberi nama "Dapur Jalanan" ini turut memfokuskan kepada warga Sandakan untuk sama merasa. Bezanya, Dapur Jalanan ini dibuat ketika hendak berbuka puasa.
Tahniah kepada 2 aktiviti yang menarik ini. kedua-duanya berjaya menyentuh dan mendekati jiwa rakyat marhaen khususnya di Sandakan.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ
يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ
حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa,
maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa
mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(HR. At
Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)
No comments:
Post a Comment