Kursus Kepimpinan Jabatan Amal Negeri Sabah telah berlangsung pada 20hb Jun - 22hb Jun 2014. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah dijalankan di Scouts Nature Park, Sandakan. Seramai 4 orang Jurulatih Jabatan Amal Pusat telah hadir bagi tujuan latihan kawad, bantuan kecemasan, semboyan dan asas lalulintas. Sementara itu, seramai 27 orang Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal bagi setiap kawasan seluruh sabah telah hadir sebagai peserta. Penghujung bagi kursus ini telah diadakan ujian praktikal dan bertulis bagi menguji tahap kefahaman dan kemahiran peserta. Majlis Penutupan Kem Kepimpinan ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Hamzah Abdullah yang merupakan Timb. Pesurujahya PAS Negeri Sabah.
Pihak Jabatan Amal Negeri Sabah merakamkan jutaan terima kasih kepada para jurulatih yang sudi hadir untuk berkongsi ilmu.
"Tera Kilo"
Tn. Jahid melatih kawad
Tn. Nik Aminuddin mengajar semboyan
Tn. Sheikh Azlan mengajar pertolongan cemas
Tn. Mohd Norhisam mengajar Asas trafik
Peserta menjalani ujian bertulis (Exam)
Tn. Hj. Hamzah Bin Abdullah merasmikan Kursus Kepimpinan Amal Sabah
No comments:
Post a Comment