Tuesday, 13 May 2014

HIKING AMAL TAWAU

Pada 13 Mei baru- baru ini, Unit Amal Kawasan Tawau telah mengadakan Hiking Amal Tawau yang bertempat di Taman Bukit Tawau. Program yang disertai hampir 20 orang peserta ini merupakan kolaborasi ahli amal junior dan senior yang kini menduduki post penting dalam Dewan Pemuda PAS Tawau. Program ini dijalankan bertujuan untuk melaksanakan maratib taarif wa taaruf dalam usaha memantapkan ukhwah dalam kalangan ahli amal tawau. 



Taklimat keselamatan sebelum aktiviti dimulakan


Sebahagian dari peserta


Sedikit Santapan


Sebelum pulang.



Sunday, 11 May 2014

Misi Amal Ke Kampung Pamaguan

Misi Jabatan Amal ke Kampung Pamaguan, telah dijalankan pada 10hb Mei 2014 (sabtu). Misi yang melibatkan seramai 16 orang (termasuk penceramah utama Ust Ahmad Fahmi) telah bergerak dari tapak lokasi pertemuan di Masjid Taman Fajar Sandakan seawal jam 5.45am.

Perjalanan laut yang memakan masa lebih 20 minit ini menjanjikan satu pengalaman baru kepada ahli Jabatan yang hadir. Deruan ombak laut yang terasa dari dalam bot persendirian beserta tiupan angin laut sepoi-sepoi, menimbukan sejuta inspirasi..

Bot telah tiba di jeti Kg. Pamaguan seawal jam 7.30am. Dimaklumkan bahawa penduduk di sini adalah 100% beragama Islam. Namun, kefahaman mereka terhadap  Islam masih lagi kurang sempurna. berdasarkan cerita daripada misi Amal pada tahun 2008, ramai penduduk di sini yang tidak berpuasa, malah telah menyediakan hidangan kepada seorang ustaz yang menziarahi mereka di rumah. Bukan pelik, keran mereka merupakan kelompok yang terpencil daripada sibuknya bandar. Disebabkan masalah seperti inilah, terpanggil kami sebagai Ahli Jabatan Amal untuk melakukan Misi Amal di kampung ini.

perjalanan seterusnya adalah ke tapak sekolah Sk.Pamaguan. Di sini, Ahli amal telah diberi sedikit taklimat dan dipecahkan kepada 2 kumpulan. Masing-masing kumpulan akan membersihkan kawasan Masjid dan kawasan perkuburan. Kepenatan memang jelas terpancar di setiap raut wajah ahli Amal yang bekerja. peluh yang membasahi setiap baju-baju amal itu semoga dicatat oleh para malaikat sebagai peluh jihad di jalan Alah swt.

Selesai misi membersihkan kuburan dan perkarangan masjid, Ahli Amal kemudian berkumpul di dalam dewan bagi mendengar ceramah Ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin yang juga telah diundang khas bersama Jabatan Amal. Ceramah yang berlangsung hamir sejam itu telah telah dihadiri oleh para ibu bapa dan anak-anak pelajar sekolah yang juga beraada dalam penutupan kem motivasi ketika itu.

Kami tinggalkan Kg.Pamaguan sekitar jam 11.55am. deretan bot telah berbaris di jeti untuk menghantar kami ke jeti Batu Putih. Sudah pasti pengalaman menarik di kampung ini  kami bawa bersama dan berazam untuk kembali semula..

Terima kasih Kg. Pamaguan. Terima kasih kepada semua penduduk di sini kerana sudi menerima kunjungan dan misi kami. Semoga Allah menjaga kampung ini sentiasa di dalam redhaNya. Amiin.


 Bertolak dari Jeti batu Putih





Membersihkan kawasan kuburan






Membersihkan kawasan masjid



 
 Berangkat Pulang




Untuk melihat video misi ini, sila klik pada link di bawah:

Senarai Ahli Jabatan Amal Yang  Hadir :


1. Masru Mustakim
2. Adam Ahmad
3. Samsul Santiung
4. Supratman
5. Yunizam
6. Baharuddin
7. Suhaimi
8. Jenno
9. Sappo
10. Lan
11. Antok
12. Efendy
13. Rahman
14. Nabil
15. Halmi

Penceramah Utama:
Ust. Ahmad Fahmi Che Nordin







































































asdasd


Thursday, 8 May 2014

Ops Sampah di Tembok Sandakan

26hb April 2014, Jabatan Amal Zon Sandakan telah melakukan Operasi Sampah (Ops Sampah) di kawasan tembok sandakan. Operasi ini diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah Amal Sabah En. Haris Bahar.

Ops Sampah yang bermula selepas waktu asar ini telah berjalan hampir 2 jam. lebih daripada 10 plastik sampah telah penuh dengan sampah-sarap yang bertaburan di kawasan operasi.

Pesanan Jabatan Amal untuk semua warga sandakan agar tidak membuang sampah merata tempat. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan kawasan tetapi juga menyukarkan laluan air longkang kerana tersumbat.

Bersama memelihara keindahan Bandaraya Sandakan.















Wednesday, 7 May 2014

JAMBORI AMAL SABAH 2014

Jambori Amal Sabah telah berlangsung pada 20hb April - 22hb April 2014. Buat julung kalinya, Sandakan telah menjadi tuan rumah, di mana Scouts Nature Park telah menjadi lokasi perkhemahan pada tahun ini.

Sebanyak 9 kawasan telah terlibat dalam Jambori pada tahun ini antaranya Unit Amal Kawasan Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Beluran, Kinabatangan, Kota Belud, Silam, Tawau, dan Putatan. Dicatatkan seramai 73 orang peserta telah terlibat dengan 30 orang AJK pelaksana.

Antara ALP Jabatan Amal Pusat yang turut hadir terdiri daripada Tn. Johari Bin Osman (Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia), Tn. Mohd Jahid B. Zaini (Timb. 1 Pengarah Jabatan Amal Malaysia), Tn. Mohd Azuan B. Ismail (Timb. Pengarah 4 Pengarah Amal Jabatan Malaysia) beserta dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Sabah, Sdr Lahirul Latigu.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah menjanjikan pelbagai aktiviti menarik. Peserta bukan sahaja diisi dari sudut rohani tetapi juga fizikal dan kemahiran asas.

Pendaftaran berlarutan hingga ke malam






Kuliah




Ice Breaking Oleh Sdr Saparuddin





 Taklimat Disiplin oleh ALP Pusat



Kawad



 Ikatan




 Kembara






 Amal Kids






Kota Belud sebagai tuan rumah tahun 2015


 Doa Wehdah



 Gambar Beramai



 Untuk Video Jambori, Sila layari :