Thursday, 8 May 2014

Ops Sampah di Tembok Sandakan

26hb April 2014, Jabatan Amal Zon Sandakan telah melakukan Operasi Sampah (Ops Sampah) di kawasan tembok sandakan. Operasi ini diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah Amal Sabah En. Haris Bahar.

Ops Sampah yang bermula selepas waktu asar ini telah berjalan hampir 2 jam. lebih daripada 10 plastik sampah telah penuh dengan sampah-sarap yang bertaburan di kawasan operasi.

Pesanan Jabatan Amal untuk semua warga sandakan agar tidak membuang sampah merata tempat. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan kawasan tetapi juga menyukarkan laluan air longkang kerana tersumbat.

Bersama memelihara keindahan Bandaraya Sandakan.















No comments:

Post a Comment