Sunday, 11 May 2014

Misi Amal Ke Kampung Pamaguan

Misi Jabatan Amal ke Kampung Pamaguan, telah dijalankan pada 10hb Mei 2014 (sabtu). Misi yang melibatkan seramai 16 orang (termasuk penceramah utama Ust Ahmad Fahmi) telah bergerak dari tapak lokasi pertemuan di Masjid Taman Fajar Sandakan seawal jam 5.45am.

Perjalanan laut yang memakan masa lebih 20 minit ini menjanjikan satu pengalaman baru kepada ahli Jabatan yang hadir. Deruan ombak laut yang terasa dari dalam bot persendirian beserta tiupan angin laut sepoi-sepoi, menimbukan sejuta inspirasi..

Bot telah tiba di jeti Kg. Pamaguan seawal jam 7.30am. Dimaklumkan bahawa penduduk di sini adalah 100% beragama Islam. Namun, kefahaman mereka terhadap  Islam masih lagi kurang sempurna. berdasarkan cerita daripada misi Amal pada tahun 2008, ramai penduduk di sini yang tidak berpuasa, malah telah menyediakan hidangan kepada seorang ustaz yang menziarahi mereka di rumah. Bukan pelik, keran mereka merupakan kelompok yang terpencil daripada sibuknya bandar. Disebabkan masalah seperti inilah, terpanggil kami sebagai Ahli Jabatan Amal untuk melakukan Misi Amal di kampung ini.

perjalanan seterusnya adalah ke tapak sekolah Sk.Pamaguan. Di sini, Ahli amal telah diberi sedikit taklimat dan dipecahkan kepada 2 kumpulan. Masing-masing kumpulan akan membersihkan kawasan Masjid dan kawasan perkuburan. Kepenatan memang jelas terpancar di setiap raut wajah ahli Amal yang bekerja. peluh yang membasahi setiap baju-baju amal itu semoga dicatat oleh para malaikat sebagai peluh jihad di jalan Alah swt.

Selesai misi membersihkan kuburan dan perkarangan masjid, Ahli Amal kemudian berkumpul di dalam dewan bagi mendengar ceramah Ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin yang juga telah diundang khas bersama Jabatan Amal. Ceramah yang berlangsung hamir sejam itu telah telah dihadiri oleh para ibu bapa dan anak-anak pelajar sekolah yang juga beraada dalam penutupan kem motivasi ketika itu.

Kami tinggalkan Kg.Pamaguan sekitar jam 11.55am. deretan bot telah berbaris di jeti untuk menghantar kami ke jeti Batu Putih. Sudah pasti pengalaman menarik di kampung ini  kami bawa bersama dan berazam untuk kembali semula..

Terima kasih Kg. Pamaguan. Terima kasih kepada semua penduduk di sini kerana sudi menerima kunjungan dan misi kami. Semoga Allah menjaga kampung ini sentiasa di dalam redhaNya. Amiin.


 Bertolak dari Jeti batu Putih





Membersihkan kawasan kuburan






Membersihkan kawasan masjid



 
 Berangkat Pulang




Untuk melihat video misi ini, sila klik pada link di bawah:

Senarai Ahli Jabatan Amal Yang  Hadir :


1. Masru Mustakim
2. Adam Ahmad
3. Samsul Santiung
4. Supratman
5. Yunizam
6. Baharuddin
7. Suhaimi
8. Jenno
9. Sappo
10. Lan
11. Antok
12. Efendy
13. Rahman
14. Nabil
15. Halmi

Penceramah Utama:
Ust. Ahmad Fahmi Che Nordin







































































asdasd


No comments:

Post a Comment