3 buah kawasan yang terlibat dalam Jambori ini iaitu Kawasan Batu Sapi, Sandakan dan Libaran. Jumlah peserta yang terlibat dianggarkan seramai 20 orang.
Petang hari pertama, peserta telah didedahkan dengan konsep Usrah. Ckg Masru telah menerangkan konsep ini selama hampir setengah jam serta kaitannya dengan ukhuwah sesama ahli.
Pada keesokan pagi, peserta telah diajar berkawad di hadapan tapak kediaman. aktiviti kawad diakhiri dengan nyanyian lagu Beramal Kerana Allah.
Pada sebelah petangnya, Unit Amal sempat mengambil peluang untuk membersihkan kawasan pantai yang dibanjiri sampah sarap.
Tidak melepaskan peluang juga, aaktivit kemudian diisii dengan riadah di pantai Dandulit. Peserta dan AJK sempat bermain bola pantai. Riadah ini berlangsung sehingga hampir tiba waktu maghrib.
Sebelum balik, gambar kenangan sempat diambl di sebuah rumah kosong berhampiran pantai..
No comments:
Post a Comment