Monday, 21 July 2014

Baikpulih Rumah Warga Emas

Pada 19hb Julai lepas, satu projek baikpulih rumah warga emas telah dijalankan oleh Jabatan Amal Kawasan Tawau. Siapa yang  tidak bersimpati sengan seorang makcik tua yang tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah usang beralaskan tanah? atas dasar kemanusiaan inilah, Jabatan Amal Tawau mengambil inisiatif untuk membaik pulih rumah nenek berkenaan. Antara kerja-kerja amal yang dilakukan adalah membongkar dan memasang lantai rumah, dinding, pintu, siling dan sedikit sumbangan perabot asas.

Sepanjang membaikpulih rumah nenek ini, sayu hati melihat keadaan sekeliling yang ibarat rumah menanti roboh. Tidak kurang dengan jumlah lipan yang berkeliaran di sudut-sudut rumah seakan telah sebati dengan persekitaran. Sangat menyayat hati. Tidak ada tindakan wajar dilakukan oleh pihak pemerintah. Sumbangan juga tidak disalurkan. Berbekalkan sedikit wang yang ada hasil sumbangan daripada orang ramai, maka bantuan kemanusiaan ini telah berjaya dilaksanakan.

Dari kejauhan, kami kami melihat nenek tua ini hanya memerhatikan geng-geng Amal menjalankan kerja. Sesekali tangannya terngadah dan mulutnya berkumat-kamit memohon sesuatu kepada Allah selayaknya orang sedang berdoa. Terharu mungkin hatinya melihat Amal Tawau berkunjung melakukan sesuatu terhadap rumahnya yang selama ini terbiar tanpa pembelaan. Senyuman manis mula terukir di bibir nenek tua ini sebaik melihat perabot baru yang sampai.














 Tahniah diucapkan kepada semua ahli Jabatan Amal Tawau yang berjaya menemukan dan membantu seorang yang memerlukan. Di luar sana, terdapat ramai lagi insan yang senasib seperti nenek ini. salurkan bantuan anda agar sama-sama kita dapat membantu mereka.
*Akaun Jabatan amal Sabah belum dapat diwujudkan atas masalah tertentu. Terima kasih atas sumbangan anda.






SAHUR JALANAN VS DAPUR JALANAN

Program Sahur Jalanan menjadi inspirasi kepada Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi. Ini berikutan, melihat ramainya warga sandakan yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan, maka pemuda Batu Sapi turun ke kawasan bandar Sandakan mengedarkan juadah untuk bersahur. Fokus utama kepada warga gelandangan. Program yang berlangsung pada 20hb Julai (hari minggu) ini turut disertai oleh Jabatan Amal Zon Sandakan.







Sementara di sudut lain, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) turut  mengadakan aktiviti yang hampir sama. Program yang diberi nama "Dapur Jalanan" ini turut memfokuskan kepada warga Sandakan untuk sama merasa. Bezanya, Dapur Jalanan ini dibuat ketika hendak berbuka puasa.












Tahniah kepada 2 aktiviti yang menarik ini. kedua-duanya berjaya menyentuh dan mendekati jiwa rakyat marhaen khususnya di Sandakan.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” 
(HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


















Sunday, 20 July 2014

Menjejak Asnaf

19hb Julai. Jabatan Amal Zon Sandakan telah bersama membantu menjayakan program Menjejak Asnaf anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Sabah dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Batu Sapi. Program yang sangat menyentuh jiwa rakyat ini turut disertai oleh para pimpinan PAS kawasan Batu Sapi dan Sandakan. Malah, ianya turut dihadiri oleh Ust Fadhli Saari yang merupakan Exco Pemuda PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap YDP PAS Batu Sapi Tn Hj Hamzah Abdullah.

Hasil daripada sumbangan orang ramai, kami menjalankan amanah itu menjejak asnaf yang layak. ternyata bumi sandakan ini (khususnya kawasan Batu sapi) terlalu banyak mereka yang memerlukan bantuan. Kedaifan dan kemiskinan yang dialami oleh penduduk Taman Po Hing dan Kg. Karamunting ini sedikit menjentik keselesan kita berada di dalam rumah yang serba mewah.









Pakcik yang bertongkat ini merupakan warga OKU. Sebelah kakinya telah tiada. Punca pendapatannya adalah daripada hasil jualan air tebu. Menurutnya, pada bulan Ramadhan ini, hasil pendapatan dapat dilipatgandakan, tetapi tidak pada hari-hari biasa.






 

 Kakak ini merupakan pemilik 2 buah gambar rumah usang di atas. Beliau 2 keluarga menetap di dalam rumah ini bersama dengan kakaknya sekeluarga. Pada setiap kali hujan, pasti air akan melimpah masuk ke dalam rumah. Kanak-kanak berbaju biru dalam gambar merupakan anak beliau yang sering menghadapi penyakit sawan. Sebak rasanya mendengar setiap perbualan daripada asnaf yang ditemui. masing-masing mengalami pengalaman perit kehidupan yang sukar digambarkan.





Kakak berbaju merah ini menunjukkan kad pengenalannya warganegara Malaysia tetapi tidak mendapat bantuan selayaknya daripada kerajaan memerintah.



Memandangkan jumlah sumbangan yang tidak mencukupi, YDP Kawasan Batu Sapi bermurah hati membeli 3 kampit beras untuk setiap seorang termasuk pakcik bertopi ini.



Ini merupakan gambar yang sangat menyayukan.. seorang pakcik tua yang masih tinggal di bawah kolong rumah disebabkan kesempitan hidup. Namun menurutnya, ada masa beliau akan naik juga ke atas rumah kerana keaddan di bawah kolong tidak selesa.


Pemuda ini telah kehilangan upaya setelah terjatuh daripada bangunan sewaktu bekerja. Ketika ditanya kehendaknya menjelang raya, beliau memohon agar dibelikan sepasang baju raya. In Sya Allah, kami bercadang untuk kembali semula sebelum raya untuk membawakannya sepasang baju raya. Semoga Allah Permudahkan. Amiin.


 Makcik ini turut menunjukkan kad pengenalannya serta memohon bantuan. Malangnya, hasil sumbangan daripada orang ramai tidak mencukupi untuk diagih-agihkan kepada majoriti masyarakat miskin di sini. Maka dengan itu, kami memohon kepada semua pihak agar dapat tampil menghulurkan sumbangan kepada Jabatan Amal Negeri Sabah ke dalam akaun di bawah atas nama saya. Akaun Jabatan Amal Sabah belum dapat diwujudkan atas masalah tertentu. Terima kasih atas sumbangan anda.